Jenis Takwim Takwim

Jenis takwim atau kalendar boleh dibahagikan mengikut objek astronomi yang diikuti:

Kalendar Suria (Solar)

Kalendar Suria adalah berpandukan matahari semata-mata, iaitu mengikut perubahan musim. Contohnya ialah Takwim Gregorius dan Takwim Julius.

Kalendar Qamari (Lunar)

Kalendar Qamari adalah berpandukan bulan semata-mata, iaitu mengikut fasa bulan. Contohnya ialah Takwim Hijrah.

Kalendar Lunisolar

Kalendar Lunisolar pula mengikut kedua-dua bulan dan matahari. Contohnya ialah Kalendar Cina.